Posts

Showing posts from 2015

Tips untuk Ibu yang Belajar

Catatan 8 November 2015 Sebelum tidur saya nak berkongsi sedikit tentang pengalaman saya sebagai pelajar siswazah meangkap seorang ibu. Ini kerana, ada rakan psiswazah wanita yang menghubungi saya dan bertanya bagaimana hendak belajar dengan sempurna, sedangkan anak-anak kecil sangat menuntut perhatian. Sebagai ibu  yang tidak sempurna kepada 3 anak bawah 6 tahun semasa belajar dahulu, saya terima hakikat bahawa: 1. Saya perlukan bantuan. Saya tak mampu menjadi sadiwira yang menyelesaikan semua urusan rumah tangga sendirian. Saya perlukan sokongan dan bantuan ibu dan suami. Kami juga melabur untuk mendapatkan khidmat tukang bersih rumah dan taska yang baik untuk anak-anak. Biar kurang makan di restoran akibat terlebih bajet, asalkan perkara-perkara penting seperti penjagaan anak dan kebersihan rumah telah selesai. Barulah tenteram jiwa. 2. Sya tidak dapat menelaah dan menulis selepas pukul 5 petang. Saya terima hakikat itu. Biarlah dunia nak terbalik pun. Apabila anak bermain

Apa yang Saya Pelajari pada Hari Konvokesyen PhD

Image
Catatan 1 November 2015 Pada hari konvokesyen PhD saya. Dapatan hari ini: 1. Belajar bertahun tapi naik pentas beberapa saat. 2. Orang yang patut konvo sebenarnya mereka yang banyak support dan berkorban untuk kita sampai boleh graduate. Siapalah kita tanpa mereka.  3. Seperti mana perjalanan nak siapkannya, konvo PhD juga sangat sunyi. Tiada classmates duduk sebelah menyebelah untuk bersembang tepuk tampar. Tiada ibu bapa menemani juga. Anak2 bawah 1 2 tahun juga tak boleh masuk dewan.Sunyi dalam kemeriahan. 4. Nasib baik memilih untuk bertahan semasa keadaan macam mustahil. Macam putus asa dan macam rasa ini kerja gila. Nasib baik memilih untuk bertahan. Kesimpulannya, ada bagusnya kita berpegang pada prinsip lama orang tua2 kita ~~ JANGAN BUAT KERJA SEPARUH JALAN. Sahabat yang sedang berjuang untuk apa pun...BERTAHANLAH. Berbaloi. Memang berbaloi.

Jerebu 2015

Image
Catatan 25 Oktober 2015 Saya kongsi sedikit tentang JEREBU ya. Jerebu adalah debu atau partikel halus. Punyalah halus, sehingga BULU HIDUNG pun tak mampu menghalangnya dari pada masuk ke sistem pernafasan. Sebab itu kita digalakkan untuk memakai topeng yang sesuai untuk mengelakkan hidung dan mulut terdedah secara langsung dengan partikel jerebu. Habis tu kalau BULU HIDUNG yang Allah ciptakan sebagai "air filter" semula jadi tak mampu menghalang partikel jerebu masuk ke sistem pernafasan, apa jadi ya? Jadinya, partikel jerebu masuk terus ke PARU-PARU, menyebabkannya BEKERJA LEBIH KERAS dari biasa. Kalau semua perasan, kejadian jerebu sudah bermula SEJAK 1997 lagi, dan berulang setiap tahun. Dah berapa tahun tu? Lekas congak. Ya, hampir 20 tahun. Dapatkah kita mengawal jerebu daripada masuk ke ruang udara negara kita? Jawapannya TIDAK. Kenapa SEKOLAH DITUTUP semasa jerebu meruncing? Kerana kanak-kanak secara umumnya mempunyai SISTEM IMUN yang lebih RENDAH ber

Tindakan Semasa Jerebu

Image
Catatan 10 September 2015 Tindakan yang penting semasa jerebu. Jaga kesihatan ya. Pakai penutup hidung dan mulut 3 ply sekiranya berada di luar.

5 Toksik Utama Dalam Syampu

Image
Teks: Rafeah Wahi Bismillahirrahmanirrahim.. Lama sungguh saya tidak mencoret di blog. Kebetulan hari ini saya dapati syampu kanak-kanak yang baru dibeli minggu lepas sudah habis dibuat main oleh anak-anak semasa mandi, saya terpanggil untuk menulis entri kali ini. Gambar ihsan google. Pernah kah anda terfikir bahawa setiap hari, semasa anda dengan gembiranya mandi dan bersyampu anda sebenarnya menuangkan bahan kimia berbahaya ke kepala dan badan anda? Anda gosok-gosok, tenyeh-tenyeh kepala dengan syampu yang berbuih-buih mewah sehingga anda dapat rasa nikmatnya bersyampu. Tanpa disedari, sekurang-kurangnya 5 bahan kimia berbahaya telah dilepaskan ke sistem saraf dan darah anda. Bahan-bahan kimia ini memberi kesan buruk kepada kesihatan, contohnya sistem pembiakan, penyebab kanser dan merosakkan sistem saraf. Oleh itu, wajar anda perhatikan agar 5 bahan kimia berikut tidak ada dalam apa pun syampu pilihan anda: 1. Natrium Lauryl Sulfat (SLS) atau Natrium Laureth Sulfat

Panduan Pengasingan Sisa Pepejal di Sumber/Punca.

Image
Artikel dan gambar-gambar ini berasal dari laman Facebook SWCorp Malaysia. Penafian: Tujuan pemaparan semula artikel dan gambar-gambar ini di dalam blog ini adalah semata-mata untuk membantu mendidik masyarakat mengenai pengasingan sampah dari punca. Empunya blog ini tidak mempunyai sebarang kepentingan peribadi hasil dari pemaparan artikel dan gambar-gambar ini. ************************************************************* Pengasingan sisa pepejal di sumber / punca.  Apa yg nak diasingkan tu??? 1) Sisa Baki Sisa yang tidak boleh dikitar semula dan akan dilupuskan di pusat pelupusan . Ikat sisa dengan kemas kemudian letakkan kedalam tong sampah, kutipan akan dilakukan 2 kali semiggu. 2) Sisa Kertas Sisa yang dihasilkan daripada kertas dan boleh dikitar semula. Perlu diasingkan, dimasukkan ke dalam bekas plastik dan diletakkan ditepi tong sampah, kutipan akan dilakukan sekali seminggu. 3) Sisa Plastik Sisa yang dihasilkan daripada plastik dan

Kisah Air Beras

Image
Kisah Air Beras Hari tu teruk juga ruam susu di muka baby Haya, walaupun saya sebenarnya rajin lap muka dia dengan air bersih lepas menyusu. 3 hari lepas baru berpeluang memasak nasi. Teringat saya petua emak tentang air beras. Jadi tiap kali masak nasi saya asingkan air basuhan beras yang ketiga. Lepas baby mandi pagi dan petang saya sapu air beras tu ke muka dia. Alhamdulillah memang mujarab dan boleh nampak ruam menghilang dengan segera. Sebenarnya air beras memang petua orang lama untuk kecantikan kulit. Air beras mengandungi vitamin B1, C dan E, selain mineral lain yang baik untuk mencerahkan, mengurangkan jerawat dan menegangkan kulit. Sekarang banyak dijual sabun air beras tapi kebanyakan mengandungi sabun yang boleh membuat kulit jadi terlalu kering. Orang dewasa pun boleh cuba petua air beras ni. Tapi untuk mereka yang tak kuasa nak tadah air beras, boleh makan vitamin B Complex, C dan E untuk kulit yang serius sihat. Saya pilih vitamin dari sumber tumbuhan dan