Tips untuk Ibu yang Belajar
Catatan 8 November 2015 Sebelum tidur saya nak berkongsi sedikit tentang pengalaman saya sebagai pelajar siswazah meangkap seorang ibu. Ini kerana, ada rakan psiswazah wanita yang menghubungi saya dan bertanya bagaimana hendak belajar dengan sempurna, sedangkan anak-anak kecil sangat menuntut perhatian. Sebagai ibu yang tidak sempurna kepada 3 anak bawah 6 tahun semasa belajar dahulu, saya terima hakikat bahawa: 1. Saya perlukan bantuan. Saya tak mampu menjadi sadiwira yang menyelesaikan semua urusan rumah tangga sendirian. Saya perlukan sokongan dan bantuan ibu dan suami. Kami juga melabur untuk mendapatkan khidmat tukang bersih rumah dan taska yang baik untuk anak-anak. Biar kurang makan di restoran akibat terlebih bajet, asalkan perkara-perkara penting seperti penjagaan anak dan kebersihan rumah telah selesai. Barulah tenteram jiwa. 2. Sya tidak dapat menelaah dan menulis selepas pukul 5 petang. Saya terima hakikat itu. Biarlah dunia nak terbalik pun. Apabila anak ber...