Biasakan Anak Segera Datang Apabila Dipanggil oleh Ibu-Bapa
Catatan 22 Jun 2017 Semasa anak masih kecil, biasakanlah mereka segera datang apabila dipanggil oleh orang tua mereka. Jangan sampai kita sebagai ibu-bapa yang terjerit-jerit banyak kali, namun tidak diendahkan anak-anak. Ingatkan anak-anak selalu tentang perkara ini. Ibu panggil, segera datang ya nak. Bapa panggil, segera datang ya nak. Lebih baik lagi, ajarkan mereka menjawab dengan tertib kepada setiap panggilan ibu-bapa, contohnya, "Äda apa ya, ibu?", atau "Ayah panggil saya? Ada apa ya, ayah?" Asuhan begini membina peribadi indah pada diri anak-anak. Jangan lupa, ibu-bapa juga harus tunjukkan contoh yang baik. Jika dipanggil oleh ibu-bapa sendiri, bersegeralah menghadap mereka dan berbicaralah lemah lembut. Jangan sampai anak-anak kita membesar dewasa dengan melewat-lewatkan menyahut panggilan ibu-bapa.