Petang tadi ada pelajar tanya saya, macam mana nak bersedia untuk kelas kalau pensyarah lambat memuat naik nota? Jawapan saya: Apabila kita sudah berada di pengajian tinggi, kejayaan dan hidup mati pelajaran kita adalah tanggungjawab kita sepenuhnya. Nota kuliah bukan hak, tapi ihsan daripada pensyarah. Tanggungjawab pensyarah menyediakan bahan-bahan untuk dia mengajar, bukan menyediakan segalanya untuk pelajar. Sebab itu penting untuk pelajar mendapatkan Course Outline untuk kursus-kursus yang mereka ambil pada setiap awal semester. Dari situ, mereka akan tahu apa topik yang akan dipelajari (silibus). Maklumat kini di hujung jari, gunakanlah jari itu sebaik-baiknya untuk mencari ilmu. Tak payah tunggu nota dari pensyarah. Kamu boleh buat nota sendiri. Kamu pasti lebih menghargai ilmu yang diperoleh melalui usaha gigih.
Pengajar sering risau akan kurangnya penglibatan pelajar dalam kelas. Kata salah seorang Profesor dalam bidang pendidikan, tidak ada pelajar yang tidak mahu terlibat. Yang ada cuma pengajar yang tidak tahu cara melibatkan mereka. Beliau mengajarkan kami "collaborative learning sitting position", dan kaedah melibatkan pelajar dalam pembelajaran aktif. Pelajar-pelajar duduk secara berkumpulan, dan semua orang mendapat peluang bercakap. Lebih tepat lagi, mula-mula berat hati nak bercakap, kemudian mereka berlatih bercakap dan selepas itu tidak henti-henti bercakap tentang topik yang dipelajari. Baca lebih lanjut tentang contoh aktiviti di sini: http://rafeahbtwahi.blogspot.my/…/catatan-14-ogos-2017-11.h… Setelah 2 minggu saya cuba uji kaedah ini dalam kelas, saya dapati betul juga kata Prof. Minggu pertama ada tersedu-sedu juga pelaksanaannya. Tetapi pada minggu kedua, saya mendapati semua orang mula bercakap dengan sukarela. Pada minggu kedua pelajar tidak sedar b...
Teks: Rafeah Wahi Kebelakangan ini ramai yang mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana (Masters) selepas menamatkan ijazah pertama. Tiada masalah. Ramai yang berjaya menamatkan pelajaran di peirngkat Masters juga. Namun demikian, apabila ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD, ramai yang menjadi keliru. Mulalah pelbagai persoalan bermain-main di fikiran. Contohnya: "Bagus juga kalau sambung PhD. Tapi sudah tidak larat untuk menghadapi dunia menuntut ilmu dan penyelidikan. Sedangkan nak menamatkan pelajaran di peringkat Masters sahaja sudah nyawa-nyawa ikan. Mungkin kalau ambil PhD terus mati agaknya". "Bagus juga sambung PhD, tapi ingin nak merasai pengalaman bekerja. Kawan-kawan semua sudah bekerja tetap. Ada pendapatan tetap. Ada kereta. Ada rumah (ada ke?). Bila saudara-mara bertanya 'kerja apa?' sekurang-kurangnya tak lenguh nak menjawab jika dipertikaikan sudah besar panjang masih belajar lagi....
Comments
Post a Comment