Posts

Showing posts from 2016

Inspirasi untuk pelajar pascasiswazah

Macam-macam jenis pengakuan ada. Tapi saya nak mengaku sesuatu malam ini. Khas untuk semua pelajar pascasiswazah yang sedang bergelut dan merasa hampir putus asa. Derita tak berkesudahan, dugaan datang bertimpa-timpa, poket kosong tahap miskin tegar dan kepala hampir mendapat kerosakan kekal. Saya dan beribu-ribu orang lain yang telah mengalaminya, merasa empati. Namun kami hanya mampu mendoakan dan menasihat saja. Hakikatnya ini adalah suatu proses yang hanya boleh dijalani oleh anda sendiri, dan hanya anda sendiri. Proses ini tak boleh dielakkan dan mesti dirasai juga. Nak cakap sakit tu memang sakit. Saya ni kalau teringat kenangan belajar dulu...rasa macam dada ni kena cucuk pisau bertubi-tubi. Rasa terlalu sakit. Kadang-kadang air mata menitis tanpa disedari apabila terkenang. Ah, saya benci kenangan, namun kenanganlah yang mengekalkan kepala ini tunduk merendah hati. Berita baik, percayalah setiap kisah mesti ada kesudahannya. Skrip itu kita tulis sendiri, kesudahan yang

Tips mesra alam untuk almari anda - Bungkus dan Derma

Image
Ustaz kata, apabila almari dah hampir meletup akibat lambakan pakaian anak-anak, maknanya itu bukan lagi rezeki kita untuk memakainya. Rezeki orang lain dah tu. Sama ada rezeki anak-anak kita yang kemudian nanti atau rezeki anak orang lain. Maka basuhlah bersih-bersih, lipat elok-elok kemudian bungkuskan ke dalam plastik lutsinar beserta label saiz. Buangkan angin dari plastik tu. Kemudian simpan untuk anak-anak seterusnya atau hulurkan kepada orang lain yang kita sayang atau prihatin. Sedarkah anda? Amalan ini mungkin kelihatan biasa sahaja, namun sebenarnya memberi impak yang sangat mendalam untuk menyelamatkan alam sekitar. Hal ini kerana kita tidak membiarkan sahaja baju menjadi buruk dan dimakan serangga di dalam almari, yang kesudahannya menyebabkan baju-baju itu terpaksa dibuang. Kini anda tahu, mudahnya amalan hidup mesra alam. Suka pesanan ni? Kongsikan kepada rakan-rakan anda sekarang.

Budak pembuli

Budak pembuli ni biasanya mangsa buli. Tengok kat rumah salah seorang ahli keluarga mungkin pembuli. Ibu bapa awasi sikit cara anda melayan anak anda. Kalau biasa anda buli, sepak terajang, tampar, tujah kepala, atau berkata2 tajam menikam yang menyakiti hati anak dan merendahkan moralnya....tengok saja lagi beberapa tahun dia akan buat orang lain begitu. Tak mustahil waktu anda dah tua dia juga buat anda begitu. Santuni kanak2. Hentikan kitaran ganas.

Tentang Pengajian Siswazah

Catatan 26 April 2016 Tentang pengajian siswazah. Memang ada masanya tertanya2 kenapa diri buat kerja gila ni? Tapi ingat..satu jalan yang ditempuh untuk mencari ilmu, disediakan satu jalan untuk ke syurga. Jangan berhenti bila penat. Berhenti bila dah selesai. Fokus. Jangan putus asa. Hargai masa. Lagi lekas buat, lagi lekas siap. Lagi lekas siap, lagi lekas mara ke masa depan. Nak siap lekas, ilmu mesti ada. Teknik mesti betul. Belakang parang diasah lagikan tajam. Tabah saja ya sahabatku...Memanglah susah. Memang sepatutnya susah pun.. Kalau senang, semua orang pasti akan buat. Oleh kerana ia susah lah menjadikannya istimewa. Dah. Jangan pilu. Bangkit semula berusaha!

Resepi Sambal Tumis Belimbing Buluh

Image
Hari ni saya mendapat sebungkus belimbing buluh segar, pemberian daripada salah seorang sahabat saya. Walaupun ramai yang meminati belimbing buluh ini dengan memasaknya sebagai sambal hitam, namun saya lebih menyukainya dalam bentuk sambal tumis. Saya kongsikan resepinya ya. Bahan-bahan: Belimbing buluh - 3 genggam Udang kering - segenggam Cili padi - 5-10 biji, ikut tahap kepedasan yang diingini Bawang merah - 4 biji Bawang putih - 2 biji Belacan - sepotong 3 x 3 cm Garam - secukup rasa Cara membuatnya: 1. Potong dan kisar bawang merah, bawang putih, udang kering, cili padi dan belacan. 2. Potong belimbing buluh nipis-nipis dan lenyekkan menggunakan lesung batu. 3. Masukkan minyak ke dalam kuali, panaskan dengan api sederhana, dan tumis bahan yang dikisar tadi. 4. Apabila tumisan sudah naik baunya, masukkan belimbing buluh. Tumis sehingga belimbing masak. Tambahkan garam secukup rasa. 5. Sambal sedia untuk dihidangkan. Sedap sangat sambal ini, sehingga tak s