Posts

Showing posts from November, 2015

Tips untuk Ibu yang Belajar

Catatan 8 November 2015 Sebelum tidur saya nak berkongsi sedikit tentang pengalaman saya sebagai pelajar siswazah meangkap seorang ibu. Ini kerana, ada rakan psiswazah wanita yang menghubungi saya dan bertanya bagaimana hendak belajar dengan sempurna, sedangkan anak-anak kecil sangat menuntut perhatian. Sebagai ibu  yang tidak sempurna kepada 3 anak bawah 6 tahun semasa belajar dahulu, saya terima hakikat bahawa: 1. Saya perlukan bantuan. Saya tak mampu menjadi sadiwira yang menyelesaikan semua urusan rumah tangga sendirian. Saya perlukan sokongan dan bantuan ibu dan suami. Kami juga melabur untuk mendapatkan khidmat tukang bersih rumah dan taska yang baik untuk anak-anak. Biar kurang makan di restoran akibat terlebih bajet, asalkan perkara-perkara penting seperti penjagaan anak dan kebersihan rumah telah selesai. Barulah tenteram jiwa. 2. Sya tidak dapat menelaah dan menulis selepas pukul 5 petang. Saya terima hakikat itu. Biarlah dunia nak terbalik pun. Apabila anak bermain

Apa yang Saya Pelajari pada Hari Konvokesyen PhD

Image
Catatan 1 November 2015 Pada hari konvokesyen PhD saya. Dapatan hari ini: 1. Belajar bertahun tapi naik pentas beberapa saat. 2. Orang yang patut konvo sebenarnya mereka yang banyak support dan berkorban untuk kita sampai boleh graduate. Siapalah kita tanpa mereka.  3. Seperti mana perjalanan nak siapkannya, konvo PhD juga sangat sunyi. Tiada classmates duduk sebelah menyebelah untuk bersembang tepuk tampar. Tiada ibu bapa menemani juga. Anak2 bawah 1 2 tahun juga tak boleh masuk dewan.Sunyi dalam kemeriahan. 4. Nasib baik memilih untuk bertahan semasa keadaan macam mustahil. Macam putus asa dan macam rasa ini kerja gila. Nasib baik memilih untuk bertahan. Kesimpulannya, ada bagusnya kita berpegang pada prinsip lama orang tua2 kita ~~ JANGAN BUAT KERJA SEPARUH JALAN. Sahabat yang sedang berjuang untuk apa pun...BERTAHANLAH. Berbaloi. Memang berbaloi.