ESP, Tempe dan Kedelai
Teks: Rafeah Wahi
Alhamdulillah, selesai sudah menidurkan putera-putera dan puteri saya untuk malam ini. Cerita sebelum tidur untuk malam ini adalah tentang kisah tempe dan kedelai. Cerita ini asalnya bukan ciptaan saya, ia diceritakan kepada saya oleh seseorang yang saya pun sudah tidka ingat namanya. Semoga Allah memberkatinya. Cerita yang saya kongsikan di sini ada saya buat sedikit ubahsuai untuk membantu proses berpesan kepada anak-anak :-)
Kedelai itu maksudnya soya. Ya, soya seperti yang terkandung dalam ESP. Dari zaman dahulu kala lagi kedelai atau soya ini terkenal sebagai makanan berkualiti tinggi dan salah satu sumber protein tumbuhan yang utama di dunia. Khasiatnya terlalu hebat, tapi awas pada zaman sekarang harus berhati-hati memilih sumber soya. Pastikan ia bukan dari sumber yang terubahsuai genetiknya.
Baiklah, balik kepada cerita sebelum tidur untuk malam ini.
Anak-anak tersayang, malam ini ummi hendak ceritakan tentang Kisah Tempe dan Kedelai. Anak-anak tahu apa itu kedelai? Kedelai itu nama lain untuk soya. Soya ini kaya dengan protein tau..Protein kan penting untuk membantu kita membesar lebih tinggi dan sihat. Tambah lagi, protein dari soya membantu kecerdasan otak.Kedelai sedap dibuat tempe. Siapa suka makan tempe? Ya, orang yang suka makan tempe otaknya bijak.
Pada suatu masa dahulu, ada seorang pakcik penjual tempe yang beriman dan rajin berdoa kepada Allah. Setiap malam dia membuat tempe, dan setiap siang dia keluar menjual tempe. begitulah rutin harian pakcik tersebut. Pada suatu pagi, alangkah terkejutnya pakcik bila mendapati kedelai yang diprosesnya tidak menjadi tempe. Dia hampir tidak percaya kerana tidak pernah berlaku demikian seumur hidupnya. Berkali-kali pakcik membuka tutup bekas kedelai itu dengan harapan kedelai itu bertukar menjadi tempe. Namun, kedelai tetap kedelai. Dia merasa cemas sekali kerana bimbang tiada siapa yang akan membeli kedelai tersebut. Dapat bayangkan perasaan pakcik tersebut? Tentu resah gelisah kan? Sebab tempe adalah punca pendapatannya.
Walaupun cemas, pakcik tetap membawa kedelai nya ke pasar dengan harapan bahawa kedelai itu akan bertukar menjadi tempe. Setiap detik dia berdoa "Ya Allah, tukarkanlah kedelai ini menjadi tempe". Kalau dikira-kira, mungkin lebih dari seribu kali pakcik berdoa sedemikian sepanjang berada di pasar. Semua yang bertanya tentang tempe kepadanya tidak jadi membeli apabila melihat kedelai yang belum menjadi tempe itu.
Waktu hampir senja. Pakcik berasa pasrah dan ingin membawa pulang sahaja kedelai balik ke rumah kerana sepanjang hari sudah dia berada di pasar namun kedelai belum bertukar menjadi tempe. Ketika pakcik sibuk mengemas barang-barangnya untuk dibawa pulang, tiba-tiba datang seorang wanita yang kelihatan kaya ke tempat jualan pakcik. Wanita itu bertanya " Pakcik, ada jual kedelai?". Pakcik itu terkejut tidak percaya. Tetapi pakcik menjawab juga "Ya, ada. Tapi untuk apa kedelai bagi Puan?". Wanita itu menjawab " Oh, saya ingin membeli semua kedelai yang pakcik ada. Saya ingin mengirimnya kepada anak saya yang belajar di suatu tempat yang jauh. Jadi, bila kedelai ini sampai kepadanya, kedelai sudah bertukar menjadi tempe."
Terketar-ketar tangan pakcik membungkus semua kedelai dan diserahkannya kepada wanita tadi. Wanita itu membayar harga kedelai itu dan memberinya sedikit wang tambahan kerana menurut wanita itu, sudah sehari suntuk dia mencari kedelai tetapi tiada siapa yang menjual kedelai. Malah, wanita itu meminta pakcik untuk menyiapkan kedelai lagi pada bulan hadapan kerana anaknya yang belajar jauh itu terlalu suka makan tempe.
Apabila pulang ke rumah, pakcik terus sujud syukur dan menangis. Ini kerana pakcik merasa malu kepada Allah kerana telah beranggapan tiada siapa yang akan membeli kedelai itu. Pakcik kini menyedari, rezeki bukan di tangan manusia, tetapi di tangan Allah. Pakcik juga menyedari bahawa jika Allah tidak mengabulkan permintaan kita, sudah tentu Allah akan gantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Pakcik juga bersyukur kerana dia tetap membawa kedelainya ke pasar pagi tadi. Kalau dia berputus asa dan tidak berusaha membawa kedelai ke pasar tadi, sudah tentu langsung tiada pembeli.
Itu sahaja cerita kita untuk malam ini anak-anak. Ada apa-apa soalan? Seorang boleh tanya satu soalan :-)
Safwa dan Hasan rupanya sudah tidur.
Musa pun bertanya soalan: Ummi, habis tu anak wanita kaya tu sebenarnya suka makan kedelai atau tempe Ummi?
Ummi hanya mampu ketawa...nampaknya panjang lagi kena jawab soalan Musa..
Sekian perkongsian malam ini. Jangan lupa bangun esok pagi dengan bersemangat dan minum ESP - Energizing Soy Protein!
Salam sayang,
Rafeah

Comments
Post a Comment