Lampin Kain Pilihan Bijak dan Mesra Alam
Teks: Rafeah Wahi
Selama ini bayi anda mungkin bergantung sepenuhnya kepada lampin pakai buang. Lampin kain tradisional kurang sesuai digunakan pada zaman serba maju dan pantas ini kerana pengurusannya yang agak melecehkan.
Material CD tahan lama dan CD yang sama boleh digunakan untuk anak yang seterusnya. Anda cuma perlu mencuci dan mengeringkannya dan seterusnya ia boleh dipakai berulangkali. Setiap CD mempunyai butang boleh laras bagi pelbagai saiz bayi sama ada S, M, atau L (3-13 kg). Oleh itu, CD yang sama boleh dipakai oleh bayi yang baru lahir sehinggalah si manja berusia lebih kurang 3 tahun.
Selama ini bayi anda mungkin bergantung sepenuhnya kepada lampin pakai buang. Lampin kain tradisional kurang sesuai digunakan pada zaman serba maju dan pantas ini kerana pengurusannya yang agak melecehkan.
Lampin kain moden
Namun demikian sedarkah anda bahawa penggunaan lampin pakai buang untuk jangka masa panjang memberikan impak yang kurang baik kepada si comel anda, ekonomi keluarga dan alam sekitar yang bakal diwarisi anak-anak kita? Ini berdasarkan fakta-fakta ringkas berikut:
- pendedahan bahan kimia dalam lampin pakai buang kepada si comel untuk jangka masa 2-3 tahun meningkat risiko pelbagai penyakit (akan dibincangkan dalam artikel-artikel akan datang)
- kos yang tinggi untuk membeli lampin pakai buang (mungkin anda tidak pernah mengiranya tetapi percayakah anda ia menjangkau RM6000 untuk seorang anak bagi tempoh 3 tahun?)
- lampin pakai buang mencemarkan alam sekitar kerana pembuatannya menggunakan banyak menggunakan sumber asli dan ia juga meningkatkan longgokan sampah sarap di tapak pelupusan sampah dan sistem penyaliran air.
Di U.S. sahaja, dianggarkan 27.4 bilion lampin pakai buang dibuang setiap tahun (Sumber: mabubaby.com)
Lampin kain moden atau cloth diapers (CD) merupakan lampin alternatif yang mesra alam, selamat, mudah dan menjimatkan untuk dipakai oleh si comel anda. Bahagian luar CD diperbuat dari fabrik dengan laminasi polyurathane (PUL) yang kalis air, namun membenarkan udara keluar masuk. Bahagian dalamnya diperbuat dari kain - seringkali dari jenis microfleece, microsuede, organik atau tahan kering. Bahagian CD yang bertanggungjawab menyerap dan menahan air kencing ialah pelapik yang diperbuat dari lapisan microfiber, hemp, buluh, dan lain-lain. Dengan adanya sistem seperti ini, si manja anda akan merasa kering dan selesa setiap kali menggunakannya dalam tempoh 3-4 jam.
Hasan Haydari ketika berusia 3 minggu menggunakan lampin kain yang dilaras ke saiz S.
Material CD tahan lama dan CD yang sama boleh digunakan untuk anak yang seterusnya. Anda cuma perlu mencuci dan mengeringkannya dan seterusnya ia boleh dipakai berulangkali. Setiap CD mempunyai butang boleh laras bagi pelbagai saiz bayi sama ada S, M, atau L (3-13 kg). Oleh itu, CD yang sama boleh dipakai oleh bayi yang baru lahir sehinggalah si manja berusia lebih kurang 3 tahun.
Satu lagi berita baik, penggunaan CD mampu membantu mempercepatkan proses latihan si manja ke tandas berbanding anak yang menggunakan lampin pakai buang. Ini kerana CD lebih bersifat 'realistik' kerana anak akan merasa basah sekiranya CD tidak ditukar untuk jangkamasa lama. Lampin pakai buang pula mempunyai gel serapan kimia yang menyebabkan anak sentiasa merasa kering biarpun telah lama dipakai.
Material CD sukar untuk bertahi lalat walaupun direndam lama. Selain itu, CD tidak akan bocor, kecuali jika tidak mendapat basuhan awal (prewash) secukupnya (ini akan diterangkan lebih lanjut dalam artikel kaedah penjagaan CD) atau pemakaian CD dengan saiz yang tidak sesuai. Oleh itu amat penting untuk melaraskan saiz CD agar benar-benar sesuai dengan paha si manja semasa memakainya.
Oleh itu, mulai sekarang mungkin anda boleh mula memikirkan CD sebagai alternatif terbaik kepada lampin pakai buang. Ini kerana seperti yang kita telah bincangkan tadi, penggunaan CD lebih mesra alam. Tambahan pula, tiada pendedahan bahan kimia yang keterlaluan dengan CD. Kos asuhan dapat dijimatkan terutama bagi keluarga yang mempunyai lebih dari seorang anak yang sedang memakai lampin. Dan yang paling penting, ia praktikal bagi ibu bapa berkerjaya kerana mudah dikendalikan.
Di lain entri insyaAllah saya akan kongsikan cara pengendalian dan penjagaan CD pula.
Salam sayang dari saya.
Comments
Post a Comment