Teks: Rafeah Wahi Bismillahirrahmanirrahim.. Lama sungguh saya tidak mencoret di blog. Kebetulan hari ini saya dapati syampu kanak-kanak yang baru dibeli minggu lepas sudah habis dibuat main oleh anak-anak semasa mandi, saya terpanggil untuk menulis entri kali ini. Gambar ihsan google. Pernah kah anda terfikir bahawa setiap hari, semasa anda dengan gembiranya mandi dan bersyampu anda sebenarnya menuangkan bahan kimia berbahaya ke kepala dan badan anda? Anda gosok-gosok, tenyeh-tenyeh kepala dengan syampu yang berbuih-buih mewah sehingga anda dapat rasa nikmatnya bersyampu. Tanpa disedari, sekurang-kurangnya 5 bahan kimia berbahaya telah dilepaskan ke sistem saraf dan darah anda. Bahan-bahan kimia ini memberi kesan buruk kepada kesihatan, contohnya sistem pembiakan, penyebab kanser dan merosakkan sistem saraf. Oleh itu, wajar anda perhatikan agar 5 bahan kimia berikut tidak ada dalam apa pun syampu pilihan anda: 1. Natrium Lauryl Sulfat (SLS) atau Natrium Laureth Sulfat...