Posts

Showing posts from August, 2014

Pesan Makanan Secukupnya Sahaja

Image
Teks: Rafeah Wahi Siapa yang suka makan di luar? Ramai dari kalangan kita sering makan di luar, sama ada kerana tuntutan kerja, kekangan masa atau sekali-sekala berkumpul makan bersama keluarga atau rakan-rakan. Namun demikian, saya sering perhatikan makanan yang dipesan tidak habis dan bakinya dibiarkan sahaja, tidak dibawa pulang. Statistik menunjukkan bahawa lebih kurang separuh daripada sampah sarap yang dihasilkan di Malaysia berasal dari sisa makanan. Sisa organik seperti sisa makanan yang dibuang ke pusat pelupusan sampah menimbulkan bau busuk dan mengundang kedatangan serangga dan haiwan tertentu. Sisa organik juga meningkatkan penghasilan air larut lesap (leachate) yang menjadi punca pencemaran air dan tanah. Saya rasa sudah tiba masanya kita melakukan sesuatu yang mudah dilakukan oleh sesiapapun, tetapi memberi impak yang amat signifikan - Pesan makanan secukupnya sahaja. Amalkan berkongsi makanan untuk anak kecil di bawah 6 tahun kerana mereka tidak makan...

Warisan Stokin Koyak

Image
Teks: Rafeah Wahi Cerita ini dipetik dari laman FB seorang sahabat. Namun nama pengarang tidak dinyatakan. Saya kongsikan untuk manfaat kita semua. Semoga penulis cerita ini mendapat pahala dan keberkatan. Amin.. Warisan Stokin Koyak Al-Kisah seorang kaya raya (millionaire), sedang sakit parah..menjelang ajal menjemput dikumpulkanlah anak-anak tercintanya...Beliau berwasiat: Anak-anakku...jika ayah sudah dipanggil yang Maha Kuasa, ada permintaan ayah kepada kalian "tolong di pakaikan stokin kesayangan ayah, walaupun stokin itu sudah koyak, ayah ingin pakai barang kesayangan semasa bekerja di ofis ayah dan minta kenangan stokin itu dipakai bila ayah dikubur nanti. Singkat cerita Akhir nya sang Ayah meninggal dunia. Saat mengurus Jenazah dan saat mengkafani, anak2nya minta ke pak imam untuk memakaikan stokin yg koyak itu sesuai wasiat ayahnya. Akan tetapi pak imam menolaknya: "maaf secara syariat hanya 2 lembar kain putih saja yang di perbolehkan dipakaikan kep...

10 sebab untuk sambung PhD

Image
Teks: Rafeah Wahi Kebelakangan ini ramai yang mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana (Masters) selepas menamatkan ijazah pertama. Tiada masalah. Ramai yang berjaya menamatkan pelajaran di peirngkat Masters juga. Namun demikian, apabila ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD, ramai yang menjadi keliru. Mulalah pelbagai persoalan bermain-main di fikiran. Contohnya: "Bagus juga kalau sambung PhD. Tapi sudah tidak larat untuk menghadapi dunia menuntut ilmu dan penyelidikan. Sedangkan nak menamatkan pelajaran di peringkat Masters sahaja sudah nyawa-nyawa ikan. Mungkin kalau ambil PhD terus mati agaknya". "Bagus juga sambung PhD, tapi ingin nak merasai pengalaman bekerja. Kawan-kawan semua sudah bekerja tetap. Ada pendapatan tetap. Ada kereta. Ada rumah (ada ke?). Bila saudara-mara bertanya 'kerja apa?' sekurang-kurangnya tak lenguh nak menjawab jika dipertikaikan sudah besar panjang masih belajar lagi....

Boikot Shaklee : Pandangan Peribadi Saya

Image
Teks: Rafeah Wahi Setahun yang lepas saya jatuh cinta kepada Shaklee. Selain dari tahap kesihatan yang lebih baik setelah mengamalkan produk Shaklee, ia juga telah membuka peluang tanpa had kepada saya untuk berkongsi, memberi dan menerima. Kebelakangan ini gempar dengan isu dan saranan memboikot Shaklee berdasarkan fakta bahawa CEO Shaklee merupakan salah seorang ahli lembaga pengarah (BOD) untuk Yayasan Elie Wiesel. Sehingga tarikh artikel ini ditulis, saya memegang pendapat bahawa saya kekal bersama Shaklee dan tidak memboikot Shaklee. Pendapat ini saya simpulkan setelah mempertimbangkan perkara-perkara berikut: 1. Membaca dengan hati terbuka dan secara teliti dari awal hingga akhir artikel tulisan Dr. Zaharuddin di laman web beliau. Ini petikan penting artikel beliau (tanpa suntingan). Syarat Sebelum Sebaran Perlu diingat, selagi tiada edaran khusus, specifik dan rasmi oleh syarikat terbabit yang menyatakan mereka menyokong dan membantu serangan atas nama syarikat, se...