Posts

Showing posts from January, 2014

Cuba dan Jayakan Penggunaan Lampin Mesra Alam

Image
Teks: Rafeah Wahi Di dalam entri yang lepas saya ada kongsikan kebaikan menggunakan lampin moden (cloth diapers) atau CD terhadap alam sekitar, ekonomi keluarga dan kesihatan. Di dalam entri kali ini, saya ingin kongsikan pengalaman memulakan penggunaan CD terhadap bayi seawal umur 2 minggu. Semoga dapat memberi pencerahan kepada keluarga yang baharu hendak memulakan penggunaan CD. Alhamdulillah anak kami yang kedua, baby Zahra selamat lahir pada 10 Mei 2010. Sebelum kelahirannya kami telah menyediakan 10 set CD untuk kegunaan si comel. Pengalaman sebelum ini, anak sulung kami Musa mula memakai CD sejak berusia setahun lapan bulan. Tidak lama selepas itu Musa pun berjaya dalam latihan ke tandas (potty training) yang mengambil masa tidak sampai sebulan, yang saya yakin banyak dibantu oleh pemakaian CD. Seperti dalam catatan saya sebelum ini, CD boleh membantu mempercepatkan tempoh potty training kerana realiti penggunaan CD itu sendiri yang tidaklah kering sepanjang masa. Musa

Lampin Kain Pilihan Bijak dan Mesra Alam

Image
Teks: Rafeah Wahi Selama ini bayi anda mungkin bergantung sepenuhnya kepada lampin pakai buang. Lampin kain tradisional kurang sesuai digunakan pada zaman serba maju dan pantas ini kerana pengurusannya yang agak melecehkan. Lampin kain moden Namun demikian sedarkah anda bahawa penggunaan lampin pakai buang untuk jangka masa panjang memberikan impak yang kurang baik kepada si comel anda, ekonomi keluarga dan alam sekitar yang bakal diwarisi anak-anak kita? Ini berdasarkan fakta-fakta ringkas berikut: pendedahan bahan kimia dalam lampin pakai buang kepada si comel untuk jangka masa 2-3 tahun meningkat risiko pelbagai penyakit (akan dibincangkan dalam artikel-artikel akan datang) kos yang tinggi untuk membeli lampin pakai buang (mungkin anda tidak pernah mengiranya tetapi percayakah anda ia menjangkau RM6000 untuk seorang anak bagi tempoh 3 tahun?) lampin pakai buang mencemarkan alam sekitar kerana pembuatannya menggunakan banyak menggunakan sumber asli dan ia juga meni