Posts

Showing posts from July, 2017

Kisah Rumah Tangga

Catatan 28 Julai 2017, 10.36 am Sesetengah laman kisah rumah tangga itu macam garam. Tak layan, lebih baik untuk kesihatan. Kalau nak melayan, lebih baik berpada-pada. Secubit dua, sekadar menyerikan rasa masakan. Terlebih layan, ibarat lauk terlebih garam, nasi pun dibubuh garam, minuman pun dibubuh garam. Faham tak bahayanya di situ? Bacalah benda2 yang lebih membina dirimu wahai wanita. Untuk tambahan, adik saya kata laman sebegitu bukan lagi seperti garam, malah seperti perisa makanan. Tak boleh diletakkan terlalu banyak. Membuat makanan terasa pahit. Begitu analoginya.

Buku perpustakaan pun bersepah

Image
BUKU PERPUSTAKAAN PUN BERSEPAH JUGA UMI! Alhamdulillah hilang serabut saya pagi ni bila tengok rak buku dah dikemas. Manakan tidak, dah sebulan agak ya buku-buku bersepah di rak ni. Saya cakap, tolong susun kemas macam di perpustakaan sekolah ya? Anak-anak jawab buku perpustakaan sekolah pun bersepah macam ni umi! Pengawas dan cikgu dah tak larat nak kemas sebab budak2 asyik sepahkan. Aduhai anak... Oklah ayah ibu, mari kita didik anak sedari kecil tentang pentingnya mengemas semula buku selepas dibaca. Dan tolong kemas saja walaupun bukan kita yang sepahkan buku-buku itu. Sesungguhnya kebersihan dan kekemasan itu sebahagian dari sifat Nabi s.a.w.

Sakit untuk Muhasabah Diri

Catatan 21 Julai 2017, 8.12 pm Semalam tak ada tanda-tanda langsung nak sakit, hari ni dah selsema. Sakit kepala yang tak terhingga dan badan terasa seram sejuk, bagai nak demam. Jadi, tiba-tiba saya terfikir, bagaimana kalau hari ni tak ada langsung tanda-tanda nak mati, tetapi esok dah kembali ke rahmatullah. Pilu. Astaghfirullahalazim.

Masa yang Tepat akan Tiba

Catatan 20 Julai 2017, 11 pm Siang tadi saya mendapat nasihat yang baik daripada seseorang yang baru saya kenali. Katanya, jika kita mendapati diri kita terperangkap dalam masalah, atau usaha keras kita tak berhasil, jangan terlalu cepat kecewa. Masa yang tepat akan tiba untuk masalah itu selesai, dan usaha menampakkan hasil.  Percayalah. Ada dia bagi banyak contoh tadi. Tapi tak larat nak taip panjang-panjang hari ini.

Morning Goodbye

Catatan 20 Julai 2017, 6.28 am Mohon maaf kerana catatan hari ini dalam Bahasa Inggeris. Morning goodbye. Me: Bye! I love you. Safwa: I love you!!! (While rushing to get into the car with shoes not on yet). Musa Kazim: I love you too. M: I love you three. MK: I love you soooo much! M: I love you infinity. MK: I love you as much as you love me. Ok bye!!! Awwww....I feel like a melting butter. This, made my day today.

Pesan Anak 5475 Kali

Catatan 18 Julai 2017 Pada hujung minggu yang lalu, sempat bersembang dalam kereta dengan suami saya. Saya: Mudah-mudahan anak-anak kita rajin solat dan faham kenapa mereka solat. Tak payah dipaksa-paksa, kan bang? Suami: Umur 7-10 tahun = 3 tahun x 365 hari setahun x 5 kali sehari = berapa? Saya: Erm...mungkin beribu? Suami: Itu sahaja (caranya), apa-apa pun yang kita mahu anak ingat, kita kena pesan banyak kali. Saya kira guna kalkulator. Banyak tu = 5475 kali. Jadi pengajarannya marilah kita pesan selalu nilai-nilai yang baik.  Kalau rasa dah banyak kali pesan tapi masih tak dengar kata, ingat saja..adakah kita sudah pesan lebih dari 5475 kali?  Kalau belum, pesan lagi.

Cara Mengajar Anak Tadika Membaca dalam Bahasa Inggeris

Image
Catatan 17 Julai Hari ini saya membuat satu pertanyaan di laman Facebook saya, berkenaan cara-cara mengajar anak tadika membaca dalam Bahasa Inggeris. Pelbagai cadangan bernas telah dikemukakan oleh sahabat-sahabat Facebook saya.  Insyaallah saya akan ringkaskan di sini untuk manfaat kita bersama. 1. Pastikan anak sudah boleh membaca dalam bahasa ibunda dahulu (Bahasa Melayu), barulah mengajarnya membaca dalam Bahasa Inggeris. 2. Gunakan kaedah fonetik untuk mengajar anak-anak membaca dalam Bahasa Inggeris. Ramai sahabat mencadangkan buku Read Easy. 3. Untuk menambahkan kosa kata Bahasa Inggeris, galakkan anak-anak untuk membaca buku dalam Bahasa Inggeris mudah, dan ditingkatkan tahap kesukarannya hari demi hari. Contoh buku yang dicadangkan ialah Peter and Jane. 4. Jika anak-anak sudah biasa dengan kosa kata yang dibaca, ada tiga kemahiran penting Bahasa Inggeris yang perlu ditekankan oleh ibu-bapa iaitu membaca, bertutur, dan mendengar (Read, Speak, Listen). I...

Rahsia Kecantikan

Tadi siang ke semalam siang - tak ingat. Terdengar kat radio IKIM tentang RAHSIA KECANTIKAN/KEJELITAAN. Di dalam Quran ada disebut perkataan Jamil yang bermakna cantik/indah/jelita. 1. Sabar tanpa berkeluh-kesah. "Maka bersabarlah engkau dengan kesabaran yang Jamil" {QS 70: 5} 2. Memaafkan tanpa menyakiti. "..Maka lapangkanlah dada untuk memaafkan mereka dengan kemaafan yang Jamil .." {QS 15: 85} Yang ketiga tu tak ingat sangat. Akibat tidak mencatat lekas2. Hmm.. Tapi mungkin yang ni lah: 3. Menjauhkan diri dari pembuat/berbuat jahat tanpa mencaci maki. "Wahjurhum hajran Jamila."  {QS 73: 10} Sebarang pembetulan pada status ni amat dialu2kan.

Watak Anak Berbeza-beza

Catatan 12 Julai 2017 Patutlah watak setiap anak berbeza.  Mereka dikandung, lahir dan dibesarkan pada fasa kehidupan kita yang berbeza.  Maka ekonomi, tenaga, pendapat, ilmu, dan kelakuan kita semasa membesarkan mereka, mungkin berbeza. Inilah faktor-faktor yang menyebabkan setiap anak berbeza.

Empat Janji Allah dalam Al-Quran

TADABBUR KALAMULLAH 4JANJI ALLAH DALAM AL-QUR'AN\ Tahukah kamu apakah empat janji yang diberikan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala kepada kita dalam Al-Qur'an ١. لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ Jika kalian bersyukur maka akan Aku tambahkan nikmatKu untuk kalian  Qs. Ibrahim 7 ٢. فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ Ingatlah kepadaKu niscaya Aku ingat kepada kalian **Qs. Al-Baqarah 152** ٣. ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ Berdoalah kepadaKu pasti Aku kabulkan untuk kalian  Qs. Ghafir 60 ٤. مَا كَانَ اللَّهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ Tidaklah Allah mengazab (menghukum) mereka, sedang mereka (masih) memohon ampunan  Qs. Al-Anfal 33 Nota: Saya dapat perkongsian ini daripada seorang sahabat.

Resepi Kerabu Mangga Sedap

Image
Hari ini saya berkesempatan membuat kerabu mangga. Apa yang paling seronok, mangga yang saya gunakan ini hasil tanam kami di belakang rumah. Saya kongsikan di sini cara membuatnya ya. RESEPI KERABU MANGGA . Bahan-bahan: 2 biji mangga muda dicincang. 1 bunga kantan dihiris. Daun ketumbar sejemput, dihiris. 1 biji bawang merah, dihiris. Udang kering segenggam (direndam air panas, kemudian tos dan dikisar). Cili, garam, gula - secukup rasa (kalau guna sos ikan tak perlu guna garam) Cara membuatnya: Gaul semua bahan dan hidangkan. * Kalau suka boleh letak kacang tanah tumbuk dan perah sedikit limau. Saya tak letak sebab tak minat.