Posts

Showing posts from December, 2014

Beg Percutian Macam Beg Pindah Rumah?

Teks: Rafeah Wahi Musim cuti sekolah ini ramai yang balik kampung atau pergi makan angin dengan keluarga masing-masing. Indahnya amalan itu, selain merehatkan minda dan meluaskan pengalaman, sangat baik untuk merapatkan silaturrahim. Beg balik kampung atau beg melancong anda seberat mana? Adakah macam nak pindah rumah atau bercuti setahun? Kalau boleh, biarlah seringan yang mungkin. Tahukah anda, berat berlebihan dalam but kereta atau kargo kapal terbang menyebabkan penggunaan bahan api berbanding biasa. Akibatnya, anda perlu tuang lebih bahan api berbanding jika tiada muatan berlebihan. Kajian juga menunjukkan bahawa untuk setiap penambahan 45 kg beban kereta, ia mampu mengurangkan kecekapan bahan api sebanyak 2 peratus. Ya, 2 peratus mungkin kedengaran tidak banyak, namun kalau kita kira semula berapa jauh perjalanan sepanjang percutian itu, banyak bahan api yang sudah digunakan secara tidak cekap atau dengan kata mudahnya, membazir. Penggunaan bahan api berlebihan, seperti ...