Posts

Showing posts from October, 2014

Apa Falsafah Permainan Anda?

Image
Teks: Rafeah Wahi Apa falsafah permainan bagi anda? Adakah anda belikan permainan setiap kali anak meminta? Kalau boleh, semua ibu bapa inginkan alat permainan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Alat permainan yang selamat, menyeronokkan dan mendidik. Mungkin wajar bagi kita semua memikirkan semula falsafah alat permainan. Ini kerana kanak-kanak tidak memerlukan terlalu banyak alat permainan untuk bergembira dan belajar. Sebaiknya pilihlah alat permainan yang berkualiti biarpun harganya sedikit mahal. Janganlah pula setiap kali ke kedai kita belikan anak-anak alat permainan untuk membuat mereka diam dari rengekan dan amukan. Anak-anak itu amanah dari Tuhan, eloklah kita semaikan tabiat bermain yang baik dari kecil lagi. Di antara tips mesra alam memilih alat permainan untuk anak-anak: 1. Pilih alat permainan yang diperbuat daripada bahan semulajadi, contohnya kayu (tanpa cat/kemasan bertoksik) dan fabrik organik seperti kain kapas dan wool. Contoh blok kayu tanpa s...