Posts

Showing posts from May, 2014

Anak Kecil dan Pertanyaannya

Teks: Rafeah Wahi Anak kecil memang banyak tanya... Musa: Umi, musa rasa nak beli beg sekolah yang ada roda. Umi: Musa rasa perlu ke? Beg roda untuk barang yang betul2 berat dan banyak. M: Abis tu kenapa kawan2 semua ada? U: Tak mengapa, kalau ibu bapa dia dah belikan, dia ambil tak mengapa.. M: Kenapa umi tak nak belikan? Kita tak mampu ke? Kenapa kawan2 mampu? U: Macam yang umi pernah cakap, kita mampu beli apa  saja yang kita inginkan. M: Habis tu kenapa tak nak beli? U: Sebab orang Islam tak membeli barang yang tak perlu. M: Kawan2 Musa pun orang Islam. Semuanya ada beg roda. U: Ya. Kawan2 Musa Islam. Biarlah kalau semua orang ada beg roda pun. Kalau tak perlu, kita tak beli. Umi akan beli bila perlu. M: Kenapa umi selalu tak kasi beli? U: Sebab umi simpan duit Musa untuk masa depan Musa. Kan Musa nak jadi angkasawan? M: A'ah..habis tu kawan tak simpan duit ke? U: Insyaallah kawan simpan juga. M: Habis tu kenapa kawan boleh beli beg roda? U: (duduk sama tinggi dengan Musa ya...