Posts

Showing posts from April, 2014

Memujuk Anak Makan Sup Sayur

Image
Teks: Rafeah Wahi Bertambah-tambah anak-anak makan sup sebarangan ummi ini. Di antara dialog nak umpan anak makan:- ~Makan sayur nanti kulit jadi cantik. ~Makan tauhu nanti otak jadi bijak, badan jadi kuat. ~Makan carrot nanti mata jadi terang. ~Makan bawang nanti tak mudah demam. ~Makan nasi nanti banyak tenaga. ~Minum sup nanti badan segar. Semuanya Allah cipta untuk faedah manusia  Ibu-ibu jom kita lebihkan memasak sendiri untuk keluarga kita berbanding makan di luar. Banyak kelebihannya. Contohnya makanan yang kita masak sendiri mempunyai aura kasih sayang, dihiasi zikir dan doa, lebih bersih, lebih berkhasiat, lebih sihat dan lebih mesra alam. Sekurang-kurangnya jimat minyak petrol untuk ke restoran dan dapat juga kurangkan penggunaan polisterin sebagai pembungkus makanan. Gaya hidup mesra alam pilihan kita semua. Salam sayang, Rafeah Wahi